Support to review/revise the Inspector rate under the ICMS contract (Inspector Malaysia)

0 have signed. Let’s get to 1,500!


PERKARA: Mohon Review gaji Inspector.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, dengan peluang ini kami seluruh persatuan Inspector Malaysia tidak berkenan dengan skim gaji yang ditawarkan oleh majikan-majikan yang memperolehi contract tender ICMS baru-baru ini kerana ianya tidak setimpal dengan kelayakan/ Sijil yang kami miliki.

Untuk makluman pihak berkenaan, perkerjaan inspector adalah satu pekerjaan yang sangat mencabar dan mempunyai tanggung jawab yang besar bagi memastikan sesebuah facility itu sentiasa dalam keadaan baik dan terurus. Begitu juga dengan competency certificate, Kami sebagai inspector sudah dipertanggung-jawabkan untuk menggalas tugas itu dengan penuh integrity dan untuk makluman pihak Tuan tidak semua orang berkelayakan untuk mendapatkan sijil berkenaan dan jurusan inspector adalah bidang kerjaya professional dan bukan nya bidang teknikal. Bidang ini juga tidak dapat diperolehi melalui pengalaman dan ianya hanya dapat dikerjakan jika seseorang itu mempunyai sijil kelayakan/ competency cert sahaja.

Kami berharap pihak berkenaan merujuk kembali dan mengubah gaji yang ditawarkan sebelum ini supaya ianya berpatutan dan setimpal dengan kelayakan-kelayakan/ certificate individu yang memohon. Dengan ini kami mohon penyelesaian secara baik dari pihak Tuan dan kami mahu keputusan ini kita selesaikan disini sahaja tanpa melibatkan peringkat seterusnya, Kerana jika pihak Tuan masih berdegil kami seluruh inspector Malaysia tidak teragak untuk membawa pekara ini ke Jabatan Buruh untuk tindakan lanjut.

Kepada Contract Holder/ Admin.

Kami mohon jasa baik dari pihak Tuan supaya campur tangan dalam menyelesaikan masalah ini supaya semua pihak berpuas hati. Untuk makluman pihak Tuan, jika gaji para inspector tidak sesuai dengan sijil kelayakan yang mereka miliki sudah tentu ya akan memberikan kesan buruk dalam jangka masa panjang kerana mereka tidak berpuas hati dengan gaji yang diberikan dan sudah pasti prestasi kerja mereka akan menurun.

Untuk makluman pihak Tuan, kami tidak minta lebih, kami cuma mahukan gaji dan elaun kami diberikan seperti contract sebelum nya itupun sudah memadai bagi kami.

Dan kami mohon dari pihak Tuan untuk membuka semula bidaan untuk contract ICMS dan menyenarai hitamkan majikan-majikan yang ingkar dan tidak mengikuti peraturan dan protokol dalam menggaji pekerja.

Inspector Malaysia



Today: Inspector Malaysia is counting on you

Inspector Malaysia needs your help with “All inspector (API/WI/NDT/OTHERS): Support to review/revise the Inspector rate under the ICMS contract (Inspector Malaysia)”. Join Inspector Malaysia and 1,036 supporters today.