Masalah Air Kelantan Semasa Tempoh PKP - Minta Perhatian Pihak Bertanggungjawab

Masalah Air Kelantan Semasa Tempoh PKP - Minta Perhatian Pihak Bertanggungjawab

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Nurul Aisyah Mat started this petition to Air Kelantan Sendirian Berhad, and

Masalah bekalan air di Kelantan telah berlanjutan terlalu lama di kebanyakan tempat di Kelantan �

Masalah ini bertambah teruk di dalam keadaan sekarang dimana negara berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penduduk tidak ada kelonggaran untuk bergerak samaada untuk mencari jalan penyelesaian alternatif untuk mendapatkan sumber air bersih, mahupun untuk berpindah ke rumah saudara mara yang mempunyai bekalan air.

Keadaan ini adalah amat merunsingkan kerana boleh membawa kesan penyakit yang lebih teruk pada masa akan datang akibat kebergantungan kepada sumber air tidak bersih �. 

Kami faham akan masalah yang dihadapi negara buat masa ini dan akan terus patuh kepada arahan PKP. 

Walaubagaimanapun, kami ingin memohon perhatian pihak bertanggungjawab untuk mengambil berat tentang masalah ini dan memberi jalan penyelesaian yang sesuai �

 

 

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!