Equal Accessibility of Internet Connection

0 have signed. Let’s get to 200!


Atas sebab wabak yang melanda, pelajar, perniagaan & pekerja kini terpaksa tinggal di rumah untuk mengurangkan kes. Namun begitu, jaringan perhubungan yang diberikan tidak setara.

Bagi kami yang tinggal di luar Lembah Klang, masalah untuk mendapat sambungan internet adalah besar dan menghalang kami daripada menghadiri sekolah dan kelas yang diadakan di atas talian, mesyuarat yang kini diadakan atas talian dan menghindarkan kami daripada menjalankan aktiviti atas talian dengan baik. Permintaan demi permintaan telah kami lakukan agar jaringan perhubungan di kawasan luar Lembah Klang dapat dilakukan; sebagai contoh, kami yang tinggal di Kg. Pulau Gajah, Pasir Panjang Ulu, Kg. Gajah, Perak; dapat disalurkan, namun ianya ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Bukan sahaja permintaan kami tidak dilayan, malahan permintaan ini dibuat seolah-olah ianya sia-sia. Isu ini menjadi semakin parah khasnya kepada pelajar dan tenaga pengajar.

Bagaimana kerajaan membayangkan anak-anak luar Lembah Klang ini menghadiri kelas yang 100% di atas talian? Bagaimana kerajaan membayangkan tenaga pengajar yang berada di kawasan ini mengadakan kelas dengan kekangan jaringan perhubungan yang tidak lengkap ini? Adakah kerajaan beranggapan hanya anak-anak bandar sahaja yang layak mendapat pendidikan? Hari ini, kami mengalami sendiri pengalaman menghadiri PDPR dengan jaringan perhubungan yang sangat daiif, hanya kerana kami tinggal di luar kawasan Lembah Klang.

Kes Veveonah, seorang pelajar universiti yang terpaksa memanjat pokok hanya untuk mendapatkan talian internet telah membuktikan bahawa kerajaan boleh memastikan jaringan perhubungan internet dapat dilakukan. Kami mahu perkhidmatan ini diperbaiki dengan kadar segera dan diberi tumpuan serius kerana ianya bukan sekadar melibatkan satu industri tetapi banyak industri lain yang terkesan terutama akibat wabak yang melanda ini.

 

Due to the pandemic, students, businesses and employees are now forced to stay home to flatten the curve. However, connectivity is not equally given.

Those living outside of Klang Valley face real challenges in keeping to online class, online meetings and unable to function at full capacity. Requests upon requests have been made to telco companies to connect areas outside of Klang Valley; in my case it is in Kg. Pulau Gajah, Pasir Panjang Ulu, Kg. Gajah, Perak; with adequate internet however, all requests have fallen into deaf ears. Not only were the request not taken seriously, we're scoffed at as if the request is insignificant. This issue is not only felt by school children, but their educators as well.

Then how would the government expect school-going children attend classes when they're denied access to educators offline and online? Do the government feel that the only children worth going to school are those living in large cities? Today, we experienced first hand the difficulty of poor connectivity as our kids couldn't attend their online classes properly because we live outside of Klang Valley.

The case of Veveonah, the student who climbed up a tree to get connectivity is proof that the government has the ability to make the connection. We want this be made a priority as it not only effects one industry, but a number of industries that are now effected especially due to the pandemic.