Petisyen Saman : Krisis Air Kuala Nerus

Petisyen Saman : Krisis Air Kuala Nerus

0 have signed. Let’s get to 25!
At 25 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Mohd ridhuan Embong started this petition to 150 ribu pemilik akaun air SATU Parlimen Kuala Nerus

Penduduk Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang terjejas gangguan air punyai hak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melakukan tindakan tertentu sehingga menjejaskan kehidupan mereka.

Hak memfailkan saman diperuntukkan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Dalam kes gangguan air di Kuala Nerus, punca gangguan adalah kerana aktiviti mengorek pasir secara tidak terkawal. Pemantauan sepatutnya oleh kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan.

Malangnya, walaupun satu surat dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri - UPEN, Terengganu pada 22 Oktober 2020 memaklumkan aktiviti pengambilan pasir telah dibuat di Kampung Pulau Sekati sehingga mengakibatkan hakisan sungai, namun pihak berkuasa tempatan dilihat tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan aktiviti terbabit.

Masalah seumpama tidak akan selesai selagi tindakan tegas daripada aspek pemantauan dan penguatkuasaan bagi menghukum individu yang melakukan jenayah alam sekitar.

Penduduk Kuala Nerus dan Kuala Terengganu boleh mengambil tindakan undang undang menggunakan akta sedia ada.

Akta 655 yang memperuntukkan kawal selia sosial, ekonomi, teknikal dan perlindungan hak pengguna apabila perkhidmatan air terganggu, sama ada akibat salah laku dan kurang penguatkuasaan atau pemantauan.

Penduduk bukan sahaja boleh menuntut ganti rugi berdasar anggaran kasar penggunaan bil air bahkan turut boleh mengambil kira faktor lain apabila ada pengguna terpaksa membeli air mineral kerana tidak mendapat bantuan lori tangki.

Pengusaha komersial serta individu yang turut terjejas boleh menuntut pampasan besar berdasar kerugikan yang dihadapi kesan dari masalah gangguan air.

0 have signed. Let’s get to 25!
At 25 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!