Desakan Penutupan Sementara Sekolah di Seluruh Sabah

Desakan Penutupan Sementara Sekolah di Seluruh Sabah

0 have signed. Let’s get to 2,500!
At 2,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
Nur Erlina started this petition to 1. Pengarah JPN Sabah: Dr. Mistirine binti Radin and

1. Pada 3 Oktober 2020, negara Malaysia mencatatkan 317 kes positif COVID-19. Angka tersebut merupakan catatan tertinggi dalam sehari, jauh mengatasi catatan-catatan harian yang terdahulu. Daripada 317 kes tersebut, Sabah merekodkan sebanyak 155 kes jangkitan yang melibatkan orang awam.

2. Perdana Menteri Malaysia menerusi akaun facebook rasmi beliau menyatakan bahawa, "kita mempunyai 40 buah hospital dan 34 Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah untuk merawat kes positif COVID-19 dengan kapasiti 5674 buah katil". Angka tersebut merupakan bilangan hospital dan pusat kuarantin di seluruh Malaysia. Persoalannya, adakah bilangan hospital dan Pusat Kuarantin di negeri Sabah sahaja mampu menampung lebih banyak pesakit sekiranya lebih 100 kes jangkitan baharu direkodkan setiap hari?

3. Harus diingatkan, fungsi hospital bukan sekadar untuk merawat pesakit COVID19 sahaja, bahkan terdapat banyak lagi penyakit lain yang turut memerlukan perhatian dan rawatan.

4. Memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media harian beliau di Putrajaya pada 1 Oktober 2020, "kajian terhadap penularan virus itu (COVID-19) di Sabah pula mendapati ia mutasi jenis D614G yang datang dari Indonesia dan Filipina". Perlu dipertimbangkan di sini, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijalankan pada 26 September 2020 menyaksikan berlakunya banyak pergerakan rentas daerah dari zon merah ke zon hijau dan sebaliknya dalam kalangan rakyat sendiri untuk memberi ruang kepada mereka untuk mengundi. 

5. Menerusi pergerakan besar-besaran tersebut, tidakkah timbul risiko untuk terus menghantar anak-anak ke sekolah sedangkan ibu bapa dan guru-guru merupakan golongan pengundi yang mungkin terpaksa merentas daerah bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat? Sila ambil maklum, kita kini sedang berhadapan dengan COVID-19 mutasi D614G yang lebih mudah berjangkit.

6. Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah menunda pendaftaran secara fizikal kerana mengambil kira risiko jangkitan terhadap pelajar IPT. Persoalannya di sini, adakah murid-murid di sekolah rendah dan pelajar-pelajar di sekolah menengah mampu mempraktikkan SOP (Standard Operating Procedure) dengan lebih berkesan jika dibandingkan dengan pelajar IPT yang jauh lebih dewasa?

7. Sekolah merupakan tempat murid-murid dan pelajar-pelajar berkumpul dan mudah untuk berlakunya penularan penyakit. Adalah tidak wajar bagi kita untuk terus-menerus mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan.

8. Semoga tindakan ini mampu membantu dalam mengekang penularan wabak COVID-19. Sama-samalah kita mematuhi SOP demi melindungi orang di sekeliling kita dalam perjuangan memerangi COVID-19. 

#kitajagakita #kitamestimenang

0 have signed. Let’s get to 2,500!
At 2,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!