Pendukung Perlembagaan

233,550 supporters

    Started 2 petitions

    Petitioning Government of Malaysia

    TIDAK KEPADA KACAU GANGGU KES ADIB

    KACAU GANGGU KES ADIB: PEGUAM NEGARA (AG) MESTI LETAK JAWATAN Tanggal 26 November 2018, seorang pegawai bomba bernama Mohd Adib dipukul/ dibelasah perusuh ketika menjalankan tugas memadam api kebakaran di Kuil Seafield dan dimasukkan ke hospital. Pada 17 Disember, Mohd Adib menghembus nafas akhirnya di hospital. Sehingga hari ini, sudah 6 bulan rakyat Malaysia, tak kira bangsa, agama dan politik menunggu pengadilan untuk arwah Adib yang masih tidak nampak penghujungnya.   I: INKUES Peguam Negara (AG) menjanjikan bahawa inkues akan diadakan untuk mencari kebenaran punca kematian Adib. Tetapi apa yang berlaku amat mencurigakan dan mendukacitakan. Di dalam mana2 inkues, AG sepatutnya tidak berpihak untuk mencari kebenaran. AG adalah “conducting officer” di dalam inkues dan bukan pendakwaraya. Maka mesti terbuka kepada mana2 bukti dan teori untuk mencari kebenaran. Tetapi malangnya, di dalam kes Adib, jelas AG telah memihak kepada satu rumusan dan cuba menutup rumusan lain. Sebelum inkues selesai, AG sudahpun mengeluarkan afidavit di Mahkamah bahawa kematian Adib bukan disebabkan dipukul. Ini jelas AG berpendirian berkenaan kes ini dan sebenarnya boleh didakwa menghina mahkamah. Pendirian AG ini lebih jelas dibuktikan apabila Syazlin menyoal teori AG ini di mahkamah, AG berpendapat bahawa Syazlin telah “mengambil bahagian dengan aktif” menentang pendirian AG. (Ini alasan AG sendiri). Dan apabila mendapati saksi pakar utama AG “dimalukan”, AG cuba pula menggantikan Syazlin di saat akhir inkues dan mengarahkan Syazlin ditukar dengan memberi alasan yang tidak munasabah. Ini jelas salah, tidak adil dan mengacau ganggu prosiding. Tun Abdul Hamid (bekas ketua Hakim Negara) menulis dan berkata: “Di sini jelas kesilapan Tommy Thomas: i. Beliau tidak boleh terima tindakan Syazlin membawa masuk keterangan Prof. Dr. Shahrom (saksi pakar di bawa Syazlin) yang memberi keterangan yang bercanggah dengan keterangan Dr. Ahmad Hafizam (saksi pakar AG). Ertinya, beliau telah mengambil pendirian menerima keterangan Dr. Ahmad Hafizam dan menolak keterangan Prof. Dr. Shahrom, sekaligus melepaskan perusuh- perusuh itu daripada sebarang liability. Ini adalah satu inkues untuk mencari sebab kematian Adib, bukan satu kes jenayah di mana Pendakwa Raya menjalankan pendakwaan. Biar apa pun pandangan peribadi Tommy Thomas, sebagai Pendakwa Raya, beliau tidak boleh memihak kepada mana- mana pihak. Dalam inkues Teoh Beng Hock, peguam-peguam yang mewakili keluarganya memanggil seorang pakar forensik dari Thailand yang memberi keterangan yang bercanggah dengan keterangan pakar forensik yang yang dipanggil oleh Pendakwa Raya. ii. Beliau mengambil pendirian bahawa Pendakwa Raya mewakili Kerajaan Malaysia dalam inkues itu. Maka, peguam Kementerian dan Jabatan Bomba hendaklah mengambil pendirian yang sama dengan pendirian Pendakwa Raya dan Kerajaan Malaysia. Itu salah. Kehadiran Pendakwa Raya dalam inkues itu bukan untuk mewakili Kerajaan Malaysia dan keterangan yang dibawa masuk oleh peguam Kementerian dan Jabatan Bomba tidak semestinya sama dengan apa yang dibawa masuk oleh Pendakwa Raya. Kedua-duanya membantu mahkamah mencari sebab kematian Adib, bukan untuk menang kes. ....Kita berada di peringkat inkues untuk membantu Koroner mencari sebab kematian Adib. Pendakwa Raya tidak boleh memaksa Kementerian menerima pendiriannya mengenai sesuatu keterangan. Beliau tidak boleh mengarahkan Kementerian menarik balik pelantikan peguam yang dilantik oleh Kementerian kerana peguam itu membawa masuk keterangan yang bercanggah dengan keterangan yang dibawa masuk oleh Timbalan Pendakwa Raya. Itu beliau perlu faham” [https://tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/download/1701_aad6723f6bdc3515bba367e0e2335cb7   II: ANTARA PUNCA UTAMA KESALAHAN AG: TIDAK MEMAHAMI UNDANG2 Tun Hamid berkata: “Kesimpulannya, kesilapan Tommy Thomas dalam hal ini ialah beliau fikir Pendakwa Raya mewakili Kerajaan Malaysia dalam inkues itu. Oleh itu Kementerian dan Jabatan Kerajaan mestilah mengikuti pendiriannya mengenai sesuatu keterangan; Kementerian dan Jabatan Bomba mesti diwakili oleh pegawai Pendakwa Raya yang semestinya akan mengikut telunjuknya... Maka Kementerian dan Jabatan Bomba pun terpaksalah melepaskan tanggungjawabnya terhadap bekas pegawainya yang mati semasa bertugas untuk melihat bahawa keadilan berlaku kepadanya. Keluarganya dianggap seperti musuh....” Oleh sebab kegagalan beliau memahami peranan beliau sebagai AG dalam Inkues, AG telah mengacau ganggu dengan mengarahkan pembuangan Syazlin dari mewakili pihak Bomba.   III: AG KONFLIK Dari asal pihak bomba mengambil pandangan Adib tidak dilanggar oleh mereka sendiri. Dengan menukar Syazlin dengan pegawainya, sudah tentu AG mahukan pegawainya mengikut telunjuknya dalam mewakili pihak bomba. Kalau tidak kenapa mahu menukar Syazlin? Pihak bomba sepatutnya dibenarkan mengajukan pandangan mereka. AG sebenarnya berada di dalam kedudukan konflik dan bertentangan dengan kepentingan bomba yang dipegang selama ini.   IV: APA YANG KITA MAHU UNTUK KES ADIB Kita mahukan seorang AG yang memahami peranannya supaya keadilan dipertegakkan. Peranan AG yang kita mahu lihat di dalam kes Adib jelas diungkap oleh Tun Hamid seperti berikut: 1. Memahami peranan Pendakwa Raya dalam inkues itu; 2. Jangan menyebelahi mana-mana pihak; 3. Kemukakan keterangan yang ada padanya; 4. Jangan cuba menghalang keterangan yang bercanggah dengannya; 5. Berilah kebenaran kepada Kementerian untuk melantik Syazlin atau mana-mana peguam lain untuk mewakili Kementerian, Jabatan Bomba, dan keluarga Adib; 6. Dalam inkues, jangan mengambil pendirian menerima sesuatu keterangan dan menolak yang lainnya dan menghendaki Kementerian dan Jabatan Bomba mengambil pendirian yang sama. 7. Jangan singkirkan Adib; dan 8. Biarlah Koroner memperolehi semua keterangan yang berkenaan untuk membolehkannya membuat keputusan yang betul dan adil.” Ini adalah makna keadilan untuk kes Adib.   V: APA YANG KITA MAHU DARI PETISYEN INI Oleh kerana AG gagal memahami peranan beliau di dalam inkues Adib, mengambil pendirian ke atas punca kematian sebelum kes ini diputuskan dan mengacau ganggu kes ini dengan mengarahkan Syazlin dibuang, beliau tidak layak lagi menjadi AG. Kedudukan AG adalah untuk menegakkan keadilan tetapi apa yang berlaku ialah beliau sendiri menggangu gugat keadilan. Beliau telah mungkir janji untuk mencari kebenaran di dalam Inkues dengan seadilnya. Demi keadilan. Demi Kebenaran. AG mesti letak jawatan. PENDUKUNG PERLEMBAGAAN                

    Pendukung Perlembagaan
    25,447 supporters
    Victory
    Petitioning Kerajaan Malaysia

    Bantahan Ratifikasi Konvenyen Antarabangsa ICERD

    Bantahan Ratifikasi International Convention on Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) kerana bercanggah dengan Perlembagaan  ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa Hak Asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969. Malaysia tidak pernah menandatanganinya apalagi meratifikasinya.  Apakah implikasi meratifikasikan ICERD? Mengikut ICERD, negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa/kaum (racial diskrimination).[1]Negara tersebut tidak boleh langsung ada undang-undang yang mendiskriminasi mana-mana kaum dan bangsa.[2]  Takrif diskriminasi kaum di bawah ICERD adalah amat luas. Artikel 1 mendefinasikan “racial discrimination” sebagai “any distinction, exclusion, restriction or preference based on race, colour, descent, or national or ethnic origin which has the purpose or effect of nullifying or impairing the recognition, enjoyment or exercise, on an equal footing, of human rights and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural or any other field of public life. Definasi dan skop ICERD dengan itu bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Artikel 153 memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara yang akan bercanggah dengan definasi tersebut. Maka sekiranya ICERD diratifikasikan: 1) MARA hendaklah ditutup2) MRSM hendaklah ditutup3) UiTM ditutup4) Reserve Tanah Melayu hendaklah dihapuskan.5) Askar Regimen Melayu merupakan satu diskriminasi.6) Biasiswa untuk bumiputera hendaklah dihapuskan.7) Diskaun rumah bumiputera hendaklah dihapuskan.8) Syarat bumiputera dalam tender dan lesen perniagaan hendakalah dihapuskan.(kecualilah yang diatas dipinda selain dari tujuan asalnya.) Mengikut Artikel 5 ICERD, negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi dalam perlaksanaan hak politik (Political Rights”). Ini bermakna parti politik berdasarkan kaum atau bangsa adalah salah dan perlu dihapuskan di bawah ICERD kerana ia mendiskriminasi ahlinya mengikut kaum. Sebagai contoh KOMAS, sebuah NGO Hak Asasi Manusia terkemuka yang mempelopori ratifikasi ICERD dan juga ahli Comanggo, telah menyenaraikan penubuhan PPBM sebagai satu insiden “racial discrimination” di dalam lapuran “Malaysian Racial Discrimination Report 2016”[3]. Berdasarkan di atas, adalah jelas ICERD bercanggah dengan peruntukan perlembagaan dan tidak boleh diratifikasikan. Kalaupun mahu diratifikasikan, Artikel 153 hendaklah dipinda terlebih dahulu. Persetujuan Majlis Raja-raja juga mesti diperolehi dan tidak boleh dibelakangkan. Konvensyen ini tidak boleh dijaja sebagai alasan untuk memaksa kita meminda Perlembagaan dan Raja-raja memberi persetujuan.  Adakah Artikel 153 boleh dikecualikan daripada ICERD? Jerald Joseph, ahli lembaga pengarah Komas, Pesuruhjaya Suhakam dan ahli “Consultative Council on Foreign Policy” yang baru ditubuhkan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, menyatakan bahawa Artikel 153 termasuk di bawah pengecualian ICERD. Pengecualian di bawah ICERD adalah termaktub di bawah Artikel 1 yang menyatakan seperti berikut: “Special measures taken for the sole purpose of securing adequate advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring such protection as may be necessary in order to ensure such groups or individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental freedoms shall not be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groupsand that they shall not be continued after the objectivesfor which they were taken have been achieved.”   Mengikut pengecualian di atas, adalah bukan diskriminasi sekiranya menepati ciri tersebut: 1) diskriminasi adalah untuk memastikan kumpulan tersebut menikmati hak asasi yang sama 2) tidak menimbulkan hak berlainan bagi bangsa yang berlainan3) ia dihentikan sekira objektifnya tercapai. Jadi kalau kita ambil contoh MARA dan Tanah Simpanan Melayu (Malay Reserve Land) (“TSM”), adakah ia untuk memastikan bangsa Melayu dan Bumiputera menikmati hak asasi pendidikan dan pemilikan tanah yang sama dengan yang lain? Perlukah MARA dan TSM wujud supaya orang melayu atau bumiputera mendapat hak pendidikan dan pemilikan tanah? Bukankah MARA dan TSM akan menimbulkan hak berlainan yang memihak bangsa melayu dan Bumiputera? Apakah termaktub objektif di bawah Artikel 153 dan undang-undang sedia ada berkenaan MARA dan Tanah Simpanan Melayu di mana ia hendaklah dihentikan setelah mencapai objektifnya? Jelas jawapannya tidak menepati ciri-ciri pengecualian tersebut. Maka Artikel 153 akan ditakrif sebagai “racial discrimination” dan perlu dihapuskan mengikut ICERD. Lagipun Artikel 20 ICERD melarang pengecualian ataupun “reservation” yang bercanggah dengan objektif dan tujuan ICERD. Malaysia bukan sahaja memerlukan pengecualian bahagian definisi tetapi lebih separuh daripada peruntukan teras ICERD. Ini adalah bertentangan dengan tujuan ICERD dan boleh dibantah oleh negara lain.  Seperkara lagi adalah pendirian tidak konsisten mereka yang meyokong pengecualian dan membantah diskriminasi kaum. Sebagai contoh, KOMAS dalam lapuran tahunan “Malaysian Racial Discrimination” telah mengklasifikasikan mana-mana pihak termasuk YAB Tan  Sri Hj Muhyiddin Yassin (Lapuran 2015) yang mempertahankan hak melayu/ bumiputera sebagai satu perlakuan diskriminasi kaum (“racial discrimination). Tetapi apabila mengkehendakkan pengratifikasian ICERD berhujah sebaliknya bahawa Artikel 153 dikecualikan mengikut peruntukan ICERD. Kalau kita lihat Artikel ICERD tersebut, dengan nyata mengatakan pengecualian di bawahnya tidak boleh dianggap sebagai satu diskriminasi kaum. Mereka sebenarnya berhujah bahawa satu perbuatan itu adalah diskriminasi dan bukan diskriminasi pada masa yang sama. Adalah jelas pendirian dan hujah mereka bercanggah, tidak konsisten dan tidak jujur (disingenuous). Bantahan Oleh itu, kami membantah/ menolak sekeras-kerasnya ratifikasi ICERD kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan menghapuskan institusi MARA, MRSM, UITM dan sebagainya.Perundingan awam perlu dilakukan dengan segera dan perkenan Majlis Raja-Raja perlu diperolehi. Raja-Raja tidak boleh dibelakangkan. Artikel 153 perlu dipinda sebelum ratifikasi ICERD boleh dilakukan. ___________________________[1]Artikel 1-7 ICERD[2]Ibid[3]Page 18

    Pendukung Perlembagaan
    208,103 supporters