ONE Centre Malaysia,PERLIS

4,883 supporters

    Started 1 petition

    Petitioning Siti Kasim, Pentas Kangar

    Rakyat malaysia menyokong penuh Siti Kasim menerima tawaran dialog Salman Ali

    Kepada Saudari Siti Kasim JEMPUTAN SEBAGAI PANELIS PROGRAM DEBAT PERDANA PERLISDengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.2. One Centre Malaysia, PERLIS dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis serta Badan Peguam Perlis bercadang untuk menganjurkan sebuah Program “Debat Perdana Perlis” untuk mengupas tajuk “Islam: Antara Prajudis dan Fakta”. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pencerahan kepada masyarakat umum serta memberi peluang kepada para panelis untuk mengetengahkan dan mempertahankan pandangan serta hujah mereka berkaitan topik tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mendapatkan persetujuan Cik bagi menyertai program ini sebagai salah seorang panelis debat.3. Sebagai salah seorang tokoh yang lantang dalam memperkatakan isu-isu hangat semasadan sering mendapat perhatian yang meluas daripada media, kami merasakan bahawa Cik adalah calon panelis yang paling sesuai untuk membincangkan tajuk tersebut. Pentas debat ini juga boleh dijadikan sebagai platform bagi panelis-panelis untuk mengupas dan memperjelaskan kembali isu-isu yang pernah diperkatakan sebelum ini.4. Untuk pengetahuan Cik, kami juga menjemput Ustaz Salman Ali untuk menjadi rakan debat Cik dan beliau telah memberikan kata persetujuan untuk berganding dengan Cik di pentas yang sama. Sebagai penganjur, pihak kami akan memastikan proses debat ini dilangsungkan dengan penuh adil dan saksama tanpa sebarang prajudis terhadap mana-mana panelis.5. Tarikh cadangan program adalah seperti berikut :TARIKH : 29 JUN 2018 (JUMAAT) / 6 JULAI 2018 (JUMAAT) TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, PERLIS 6. Sekiranya tarikh-tarikh berikut kurang sesuai dengan jadual Cik, sila kemukakan tarikh baru yang bersesuaian dengan jadual Cik untuk pertimbangan pihak kami dan juga rakan debat Cik. Kami berharap supaya pihak Cik dapat mempertimbangkan cadangan program kami dan dapat memberi maklum balas yang positif kepada pihak kami sebelum 21 Jun 2018. Semoga usaha kita mendapat keberkatan dari Allah SWT. Jazakumullah Khayran Kathira. Sekian, wassalam.* Penentuan format, perjalanan dan semua hal-hal berkaitan Program “Debat Perdana Perlis”bakal dibincangkan dengan kedua-dua panelis selepas mendapat persetujuan daripada pihak Cik. Pihak penganjur juga terbuka kepada sebarang cadangan, perubahan serta penambah baikan dari pihak Cik demi memastikan kelancaran program ini.

    ONE Centre Malaysia,PERLIS
    4,883 supporters