MPP USM

10,063 supporters

    Started 2 petitions

    Petitioning PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

    [PETISYEN BANTAHAN KEATAS KENAIKAN YURAN]

    [ PETISYEN BANTAHAN KE ATAS KENAIKAN YURAN ] Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang kita sedia maklum, pihak pentadbiran universiti telah menaikkan yuran yang meliputi yuran kebajikan, yuran desasiswa dan yuran pendaftaran. Kenaikan yuran-yuran ini adalah sesuatu yang mengejutkan kerana ianya terjadi tanpa pengetahuan pelajar sendiri, lebih-lebih lagi bakal pelajar yang menerima kesan paling besar dalam isu ini. Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPP USM) tidak bersetuju dengan keputusan kenaikan yuran ini kerana: 1. Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ini telah memberi kesan besar ke atas ekonomi negara. Kesan ekonomi ini telah membebankan rakyat Malaysia khususnya mereka tergolong dalam golongan B40. Ditambah pula dengan moratorium yang bakal berakhir tidak lama lagi, semakin ramai yang akan terbeban dengan kesan pandemik ini. 2. Terdapat Ibu bapa bakal pelajar yang pada ketika ini sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan sumber kewangan yang cukup bagi melakukan segala persiapan untuk anak mereka yang bakal menjadi seorang pelajar universiti. Kenaikan yuran ini akan menimbulkan kesan besar ke atas persediaan mereka. 3. Kenaikan yuran kebajikan dan kemudahan universiti sehingga mencecah 668% untuk pelajar baharu adalah suatu perkara yang sangat mengejutkan. Ianya turut menimbulkan tanda tanya kepada pelajar kerana tiada sebarang maklumat yang jelas diletakkan dalam keterangan bagi yuran tersebut. Sebagai sebuah universiti yang dikenali kerana menjaga kebajikan pelajar, USM sepatutnya mengkaji semula kenaikan yuran ini. MPP USM merayu kepada pentadbiran universiti agar melihat dan mengkaji semula isu ini. Akhir sekali, MPP USM memohon kepada semua rakan-rakan pelajar USM untuk sama-sama menandatangani petisyen ini. Petisyen ini akan menjadi simbol bantahan pelajar terhadap keputusan kenaikan yuran ini. Sekian, terima kasih. "Memartabat Mahasiswa, Melestari Universiti" Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia Sidang Akademik 2019/2020

    MPP USM
    10,061 supporters