Hizbut Tahrir Malaysia

37,368 supporters

    Started 3 petitions

    Petitioning Angkatan Tentera Malaysia

    Petisyen Menyeru Angkatan Tentera Malaysia berjihad membebaskan Masjidil Aqsa dan Palestin

    Perkembangan terkini yang terjadi di Palestin saat ini merupakan satu lagi episod pilu yang melanda umat Islam di sana setelah lebih tujuh dekad berada di bawah cengkaman rejim haram Yahudi. Di sepanjang sejarah kelam ini, mereka telah diusir, dipenjarakan, bahkan dibunuh sewenang-wenangnya oleh tentera rejim Yahudi tanpa pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya kitaran keganasan oleh Yahudi ini akan terus berputar tanpa kesudahan seandainya kemelut yang melanda tidak ditangani dengan penyelesaian yang hakiki. Wahai kaum Muslimin! Satu-satunya jalan untuk membebaskan Palestin dan al-Aqsa ialah dengan jihad fi sabilillah oleh tentera kaum Muslimin, tidak ada jalan lain lagi. Sebagaimana Sallehuddin al-Ayubi mengerahkan tentera untuk membebaskan Palestin, begitulah juga apa yang wajib dilakukan pada hari ini jika kita ingin membebaskan Palestin dari cengkaman kaum Yahudi laknatullah. Sebagai Muslim, kita wajib terus memuhasabah penguasa dan tentera kaum Muslimin agar bergerak, walaupun kita yakin bahawa para penguasa ini tidak akan bergerak, dan kita yakin bahawa tentera kaum Muslimin tidak akan bergerak di bawah para penguasa yang khianat dan bacul ini. Namun demikian, tanggungjawab dan kewajipan kita tetap perlu dilakukan dengan memuhasabah dan menyeru mereka, dengan apa cara sekalipun. Alasan yang diberikan oleh tentera yang ikhlas bahawa kaki dan tangan mereka dirantai oleh para penguasa, adalah suatu fakta yang benar, namun fakta ini tidak boleh diterima. Ini kerana para tentera sebenarnya mampu memutuskan rantai tersebut, dan ia adalah cukup mudah untuk mereka memutuskannya! Mereka perlu berpaling daripada para penguasa yang berpaling daripada perintah Allah ini, dan mereka wajib bergerak menuju panggilan Allah (jihad), yang insya Allah akan memberikan kemenangan dan kemuliaan kepada mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Kita dengan ini menyeru para tentera, khususnya Angkatan Tentera Malaysia untuk bergerak menunaikan kewajipan mereka (jihad) di bumi Palestin yang sedang memanggil mereka. Inilah penyelesaian hakiki untuk masalah Palestin. Kita menyeru tentera untuk bergerak demi Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya apa yang mereka cari selama ini – syahid dan kemenangan - ada di Palestin sekarang ini. Apabila mereka bergerak, nescaya Allah mengirimkan para malaikat untuk bergerak bersama mereka. Firman-Nya, انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ “Berangkatlah kalian baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kalian dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kalian, jika kalian mengetahui” [At-Taubah (9): 41]. إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَىٰ وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ ۚ وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (Ingatlah), ketika kalian memohon pertolongan kepada Tuhan kalian, lalu diperkenankan-Nya bagi kalian: "Sesungguhnya Aku akan mengirimkan bala bantuan kepada kalian dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hati kalian menjadi tenteram dengannya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” [Al-Anfal (8): 9-10]. Kami dengan ini menyeru seluruh Muslim, untuk menandatangani petisyen ini sebagai salah satu usaha memuhasabah penguasa dan para tentera kaum Muslimin untuk bergerak menunaikan kewajipan jihad yang terpikul di bahu mereka. Semoga usaha kecil ini menjadi hujah buat kita di Padang Mahsyar kelak, bahawa kita telah melakukan sesuatu dan tidak berdiam diri tatkala saudara-saudara kita dizalimi dan memerlukan pembelaan.  

    Hizbut Tahrir Malaysia
    3,807 supporters
    Petitioning Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), jabatan agama

    Penjarakan Saf: Bidaah yang dipaksakan pemerintah ke atas umat Islam!

    Sudah lebih kurang 9 bulan sejak pandemik COVID-19 melanda, pemerintah telah mengeluarkan peraturan bahawa saf solat berjemaah hendaklah dijarakkan lebih kurang satu meter, yang menyaksikan sehingga kini umat Islam solat dalam satu bentuk yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam sejak ditusnya Rasulullah (saw). Sesungguhnya solat merupakan salah satu ibadah yang mempunyai kaifiyat (tatacara) tersendiri yang telah diajarkan oleh Rasulullah (saw), yang mana kaifiyat ini haram untuk diubah dan merubahnya merupakan satu bidaah kerana telah menyalahi amalan Rasulullah (saw). Justeru, kami ingin menegaskan bahawa tindakan pemerintah menguatkuasakan peraturan penjarakan saf ke atas umat Islam adalah suatu bidaah di mana pemerintah berdosa besar kerana melaksanakan dan memaksakan penjarakan saf ini. Sesungguhnya tidak ada nas sedikit pun yang membenarkan pemerintah untuk mengarahkan rakyatnya untuk menjarakkan saf, sebagaimana tidak ada nas sedikit pun yang membenarkan Imam mengarahkan makmumnya untuk menjarakkan saf. Segala nas yang ada menunjukkan dengan jelas bahawa meluruskan dan merapatkan saf adalah WAJIB. Walaupun telah berulang kali kami memuhasabah pemerintah dalam isu ini, dan juga sudah ramai asatizah yang melakukan hal yang sama, namun tidak diendahkan oleh kerajaan. Atas dasar itu, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mengadakan kempen untuk kita merapatkan saf dalam solat berjemaah, sekali gus mendesak pemerintah dan institusi agama di negara ini agar menarik balik perintah penjarakan saf serta-merta, agar pemerintah tidak terus menanggung dosa besar kerana melakukan bidaah dalam hal ini, dan agar umat Islam dapat kembali solat berjemaah sebagaimana kaifiyat yang diajarkan oleh Rasulullah (saw). Ayuh, marilah bersama-sama menunjukkan sokongan anda dengan menyokong petisyen ini sebagai suatu langkah amar makruf nahi mungkar terhadap pemerintah, dan seterusnya kita sama-sama merapatkan saf dalam solat berjemaah kita. #rapatkansaf

    Hizbut Tahrir Malaysia
    2,701 supporters
    Petitioning Kementerian, Perdana menteri, pbt , Local Authority, Menteri

    TUTUP KILANG ARAK

    PETISYEN DESAK TUTUP KILANG ARAK Kemalangan maut yang diakibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi, seolah-olah tiada noktahnya kepada isu ini. Apa yang dapat kita perhatikan ialah, setiap kali munculnya berita mengenai kemalangan maut yang disebabkan oleh pemandu mabuk, maka kerajaan dan juga pembangkang, sejak dulu hingga kini, tidak habis-habis mencadangkan supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada pemandu mabuk. Cadangan tersebut bukan sahaja tidak menepati syarak, malah tidak akan pernah menyelesaikan masalah, kerana ia tidak menyelesaikan masalah daripada punca. Punca kepada masalah ialah pemerintah yang terus melakukan keharaman dengan membenarkan kilang-kilang arak beroperasi secara besar-besaran. Maka, selagi ada kilang arak dan juga kebenaran mengimport arak dalam skala yang besar, maka selagi itulah akan adanya penjualan arak secara terbuka dalam negara, dan selagi itulah akan ada peminum arak di tempat-tempat awam dan selagi itulah akan adanya pemandu mabuk yang akan menjadi “pembunuh” jalanan. Atas dasar betapa seriusnya isu ini dalam masyarakat dan negara, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan ini melancarkan kempen untuk mendesak kerajaan seperti berikut: 1. Menutup kesemua kilang arak serta-merta; 2. Mengharamkan segala penjualan arak secara terbuka baik di kedai-kedai serbaneka, di restoran-restoran, kelab-kelab malam, hotel-hotel dan lain-lain; 3. Peminum arak wajib dihukum menurut Islam iaitu sama ada dengan 40 atau 80 kali sebatan. Manakala jika ia melakukan kesalahan lain lagi ketika mabuk seperti memandu dan melanggar orang lain, apatah lagi hingga menyebabkan kematian, maka uqubat (hukuman) Islam wajib dikenakan ke atasnya. 4. Orang-orang kafir hanya dibenarkan meminum arak secara tertutup dan kecil-kecilan sahaja, dan mereka hanya dibenarkan meminum arak dalam hayatul khas (kehidupan khas) mereka sahaja seperti di rumah-rumah, atau dalam komuniti mereka secara terpencil; Justeru, kami menyeru seluruh umat Islam untuk menandatangani petisyen ini sebagai tanda sokongan untuk mendesak kerajaan menutup segera kilang air kencing syaitan yang ada di Malaysia ini.

    Hizbut Tahrir Malaysia
    30,860 supporters